Home Adventure TEKNOLOGI UNTUK OUTDOOR – PENTING ATAU TIDAK?

TEKNOLOGI UNTUK OUTDOOR – PENTING ATAU TIDAK?

Tidak seperti tahun 80an atau 90an, di mana peminat-peminat aktiviti lasak atau outdoor hanya perlu bergantung sepenuhnya kepada pengalaman dan skill untuk survive di persekitaran yang mencabar. Zaman kini perbagai gedget dan teknologi yang mampu membantu kita ketika melakukan aktiviti outdoor dan mampu mengurangkan risiko yang terdapat di persekitaran alam semula jadi yang susah dijangka.

Kelengkapan-kelengkapan ini amat mudah dijumpai di pasaran tetapi untuk mendapatkan kelengkapan berteknologi tinggi pastilah hendak dibayar dengan harga yang mahal dan boleh dianggap sebagai harga bangsawan. Tetapi waluapun harganya agak mahal, kelengkapan ini mampu menyelamatkan nyawa anda dan mengoptimumkan keperluan anda semasa melakukan aktiviti outdoor. PENTING atau TIDAK terpulang kepada anda dan kemampuan poket anda untuk menentukan. Tepuk dada tanya selera!

GPS

Sumber Gambar:Google

GPS sangat penting untuk menentukan tujuan anda supaya tidak tersasar atau lebih mudah di sebut “SESAT”. GPS bukan hanya digunakan semasa perjalanan di dalam hutan dan gunung ganang tetapi sangat penting kitika berada di lautan. Tidak seperti sekarang, pada tahun-tahun 80an dan 90an dulu, tekong-tekong di laut hanya mengunakan kompas dan bintang-bintang, bulan dam matahari sebagai hala tuju mereka. Dahulu lokasi lubuk ikan bergantung sepenuhnya kepada memori seorang tekong itu. Begitu juga di hutan, ketika itu guide hanya bergantung pada denai-denai yang wujud, tanda-tanda di pokok dan arah anak sungai selain kompas sebagai maklumat arah tujunya. Dahulu Admin sendiri pernah sesat ketika memancing di lautan selama 3 hari kerana tekong hanya bergantung pada kompas dan kedudukan pulau-pulau di lautan sebagai penanda arah tuju. Malangnya cuaca yang jerebu telah menyukarkan tekong untuk mengenal pasti lokasi arah pulang. Berbeza dengan zaman kini, boleh dikatakan GPS adalah kelengkapan wajib yang perlu ada untuk bot-bot memancing dan juga para nelayan. Tidak kira bagaimana keadaan cuaca, Tekong pasti dapat pulang ke darat dengan bantuan GPS ini.

Boleh didapati di Lazada Mall: https://invol.co/cl7k9av

SONAR

Sumber Gambar:Google

Kelengkapan ini wajib dimiliki oleh pengusaha bot untuk pemancing. Dahulu setiap lokasi hanya bergantung pada ingatan seseorang tekong. Tetapi masih tiada kepastian lokasi yang dipilih terdapat ikan yang disasarkan. Walaupun rezeki itu ditangan tuhan, kehadiran teknologi ini banyak membantu para tekong mengenal pasti kehadiran ikan di lautan yang terbentang. Kedalaman lokasi yang dipilih juga dapat dijangka dengan tepat menggunakan sonar ini. Patinya kelengkapan ini sangat membantu para pemancing untuk mendapatkan hasil ikan yang di sasarkan.

Boleh didapati di Lazada Mall : https://invol.co/cl7k99l

TELEFON SATELIT

Sumber Gambar:Google

Boleh dikatakan kelengkapan wajib ini masih belum banyak dimiliki oleh pengemar aktiviti outdoor kerana harganya yang mahal dan harga prepaid yang perlu dibayar dalam Dollar America (USD) menyukarkan lagi pengemar aktiviti outdoor untuk memilikinya. Walaupun begitu, telefon ini adalah kelengkapan wajib yang perlu ada dalam setiap kumpulan yang pergi memancing atau berkemah di dalam hutan. Sering kali kita membaca berita tentang kehilangan ahli kumpulan pemancing dan juga ahli-ahli trekking atau hiking yang sesat di hutan. Tidak seperti telefon bimbit conversional yang sentiasa kehilangan coverage ketika berada di lautan atau hutan, telefon satelit dapat menghubungi sesiapa sahaja terutamanya pasukan penyelamat apabila berada di dalam kesukaran di lautan dan di hutan. Banyangkanlah jika anda sesat di lautan atau kehilangan seorang ahli dihutan, bagaimanakah anda hendak menghubungi pasukan penyelamat untuk mengenal pasti lokasi anda ketika itu. Admin mencadangkan, jika anda tidak mampu memilikinya, anda boleh menyewa telefon satelit ini buat masa yang singkat. Sekurang-kurangnya satu telefon sudah cukup dalam satu kumpulan. Pastinya kelengkapan ini akan banyak membantu ketika anda berada dalam kesusahan.

Boleh didapi di Lazada Mall: https://invol.co/cl7k9by

LIFE JACKET/JAKET KESELAMATAN

Sumber Gambar:Google

Dahulu, life jacket adalah salah satu kelengkapan yang amat leceh hendak dibawa kerana saiznya yang besar dan mengambil banyak ruang. Tetapi kini banyak life jacket yang bersaiz compact dan mudah dibawa ke mana-mana dijual dipasaran. Life jacket yang dimaksukan adalah jenis Inflatable Life Jacket. Jaket keselamatan jenis ini amat mudah dan ringan untuk dipakai dan dibawa ke mana-mana sahaja. Pemancing yang menaiki bot wajib memilikinya kerana mampu menyelamatkan nyawa. Tidak kira anda handal berenang atau tidak, pastikan Jaket Keselamatan dipakai sentiasa semasa memancing kerana kita tidak pasti tahap kesukaran yang bakal kita hadapi ketika terjatuh ke dalam air. Jangan terlalu mengharapkan jaket keselamatan yang sedikan di bot-bot memancing kerana kebanyakan jaket yang disediakan dari jenis yang murah dan tidak menepati piawaian dari Safety of Life at Sea (SOLAS) di mana jaket keselamatan jenis ini hanya mampu terapungkan ada dalam 4-5 jam sahaja secara berterusan. Kebanyakan Jaket keselamatan jenis Infaltable Life Jacket yang dijual dipasaran menepati piawaian dari Safety of Life at Sea (SOLAS) dan mempunyai kemampuan untuk menambah angin didalam jacket jenis ini secara manual. Dan jangan lupa untuk memastikan life jacket seperti ini hendaklah diselengara setiap 3 tahun dengan menukar gas yang terdapat pada jaket seperti ini. Walaupun jaket ini agak mahal di pasaran tetapi ianya sangat berbaloi dimiliki kerana mampu menyelamatkan nyawa anda.

SMART WATCH

Sumber Gambar:Google

Kini pelbagai variasi jam seperti ini di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang agak mahal harganya bergantung pada jenis-jenis teknologi yang ditawarkan. Bukan hanya digunakan kan untuk kegunaan outdoor, smart watch juga banyak digunakan sebagai alat kelengkapan untuk exercise seperti jogging, berenang, gym dan banyak lagi kegunaan. Untuk kegunaan outdoor pula, jam seperti ini dapat mengenal pasti kedudukan longitude dan magnitude anda berada selain ketinggian lokasi anda dari paras laut. Selain itu terdapat juga kelengkapan untuk menguji tahap denyutan jantung dan kadar oksigen (Oximeter) dalam badan anda ketika melakukan aktiviti outdoor. Jika anda memiliki jam yang high-end, kebanyakannya juga memiliki GPS dan tunjuk arah mengunakan setelit dan secara tidak langsung membantu anda untuk bernavigasi ke lokasi yang hendak dituju. Bukan sahaja di darat dan dilautan, jam sebegini juga amat penting buat kaki menyelam ataupun diving kerana jam sebegini bukan sahaja membantu sebagai alat nevagasi tetapi sebagai alat yang mampu menyelamatkan nyawa daripada keracunan gas nitrogen dalam badan. Cuma apa yang disarankan ialah ketika hendak membeli smart watch ini, selain kepelbagai kegunaan yang ada, ketahanan bateri pada jam tersebut wajib diambil kira. Ada sesetengah jam hanya mempunyai ketahanan bateri selama 8-10 jam sahaja dan ada juga yang mampu bertahan selama 21 hari tanpa di caj. Bagi yang tidak mempunyi ketahanan bateri yang lama, pastikan dibawa sekali kabel pengecaj dan juga power bank sebagai back-up ketika melakukan aktiviti outdoor.

Boleh didapati di Lazada Mall: https://invol.co/cl7k9fk

Artikal dari OUTDOOR LAB