Home Adventure OUTDOOR TIPS siri 1

OUTDOOR TIPS siri 1

1 minute reading

BERKHEMAH

Dewasa kini ramai yang minat aktiviti berkhemah. Penting sebelum anda memulakannya ialah mengetahui jenis khemah apakah yang anda perlukan supaya ia lebih praktikal dan tidak membuang masa mencari dan membazir wang tersalah memilih khemah! 

Perkhemahan bermaksud mendirikan penempatan sementara atau kawasan berlindung, bagi tujuan berteduh dan bermalam. Tempat perlindungan ialah sebarang bentuk binaan tidak kira dari canvas, nylon atau pun dedaunan dan ranting (natural), yang penting ia boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin. 

Khemah terdapat pelbagai jenis, bentuk, berat dan saiz. Paling penting ketahui dulu trip perkhemahan anda sama ada ia berseorangan, berkumpulan kecil 2-4 orang atau berkumpulan besar 6-10 orang atau lebih, perjalanan ke tapak perkhemahan sama ada perlu berjalan kaki jauh atau dekat, atau tapak khemah boleh diakses dengan kereta sahaja.

Dari situ barulah anda boleh menentukan jenis khemah yang bersesuaian

JENIS-JENIS KHEMAH 

DOME TENT

KHEMAH DOME TENT: https://invol.co/clag545

Berbentuk “A packs” half-moon atau igloo, biasanya menempatkan jumlah 2 hingga 6 orang. Ia berat dan memerlukan lebih dari seorang untuk set-up. Ia sesuai digunakan jika kereta boleh sampai terus ke tapak perkhemahan. 

POP-UP TENT

KHEMAH JENIS POP UP TENT:https://invol.co/clag56m

Juga dikenali sebagai khemah campak, mudah didirikan, sepantas beberapa saat sahaja, namun memerlukan ruang yang besar untuk penyimpanan, tidak sesuai dibawa jika perjalanan hiking/ jungle trekking mengambil masa yang lama.

TUNNEL TENT

KHEMAH UNTA JENIS TUNNEL TENT: https://invol.co/clag57i

Biasanya besar dan luas serta tinggi, boleh disambung-sambung dengan khemah tunnel tent yang lain, boleh mengisi ramai orang. Selalunya digunakan sebagai khemah pusat atau khemah kawalan.

BACKPACKERS TENT  

BACKPACKER TENT, MUDAH DIBAWA KE MANA -MANA SAHAJA: https://invol.co/clag5a8

Biasanya kecil dan bersifat individu, boleh memuatkan 1 atau 2 orang. Ringan dan kompak sesuai digunakan untuk pengembara.

BIVY TENT 

Bersifat individu, berbentuk seperti keranda, hanya memuatkan seorang sahaja, biasanya digunakan di kawasan altitut tinggi dan sejuk kerana profil rintangan anginnya yang baik. Paling sesuai untuk pendaki gunung.

HAMMOCK 

KEBIASAANNYA HAMMOCK BERKUALITI TINGGI MAMPU MENAMPUNG BERAT 180KG: https://invol.co/clag5fd

Hammock atau bahasa Melayunya “buai ranjut” adalah konsep berkhemah yang paling popular di Malaysia ketika ini, ini adalah faktor lebih murah, lebih ringan, mudah dipasang, mudah disimpan (storage) boleh dilipat kecil, dan paling penting ialah lebih selamat dari reptilia yang menjalar di permukaan tanah. Pembinaan khemah hammock hanya memerlukan hammock, tali dan flysheet sahaja. Kekurangannya, ia perlukan pokok untuk set-up.

SHELTER (FLYSHEET)

FLYSHEET PALING RINGKAS: https://invol.co/clag5gv

Paling popular di kalangan kaki pancing yang pergi berkumpulan ke sungai-sungai pergunungan, kerana ianya ringkas, ringan, mudah dipasang, mudah dilipat, mudah dibawa, jimat ruang, kekurangannya ialah terdedah kepada angin, tempias hujan dan serangan haiwan berbisa atau liar.

Nantikan siri kedua Outdoor Tips!

*Sila share jika anda dapati artikel ini menarik untuk dikongsikan, terima kasih!