Home Mountaineering Camping KENALI JENIS-JENIS KHEMAH YANG BERADA DI PASARAN

KENALI JENIS-JENIS KHEMAH YANG BERADA DI PASARAN

Kini aktiviti berkhemah mula menjadi trend kepada netizen di Malaysia. Boleh dikatakan setiap lokasi dan kawasan perkhemahan sentiasa penuh dengan kunjungan pengemar aktiviti outdoor terutamanya ketika waktu cuti umum dan hujung minggu.

Tidak dinafikan khemah merupakan salah satu peralatan penting yang wajib dimiliki oleh pengemar outdoor. Pelbagai jenis khemah yang di jual di pasaran. Tetapi tahukah anda, terdapat pelbagai jenis khemah yang di jual di pasaran. Pemilihan tepat jenis-jenis khemah akan memudahkan penggunaannya. jom kita kenal dengan jenis-jenis khemah yang berada di pasaran.

THE BASIC RIDGE TENT

Khemah paling asas dan mudah dijumpai di pasaran. Khemah klasik ini amat mudah dibina dengan mendirikan 2 batang tiang di setiap hujung dan sebatang tiang secara melintang sudah cukup untuk mendirikan khemah ini. Khemah ini masih menjadi pilihan kerana mudah dibawa dan senang dilipat kecik serta ringan untuk diletakkan di dalam beg. Kebiasaannya khemah seperti ini dibawa oleh kaki hiking atau trekking yang memerlukan perjalanan yang jauh dan ingin mengurangkan bebanan beg yang akan dibawa nanti ketika aktiviti.

DOME TENT

Merupakan khemah paling popular di pasaran kerana mudah dipasang dan disimpan. Kebanyakkan khemah jenis ini disertakan dengan 2 tiang yang flexible dan jenis kain yang ringan. Selain mudah dipasang, bentuk khemah yang gelembung ini dapat memberi banyak ruang di dalamnya. Khemah seperti ni kebiasaannya ringan dan sangat mudah dibawa ke mana-mana terutama ketika melakukan aktiviti outdoor yang extreme.


FRAME TENTS

Kini khemah ini telah menjadi pilihan buat keluarga yang inginkan perkhemahan secara beramai-ramai. Khemah seperti ini memberi banyak ruang kepada penggunanya selain tempat tidur yang selesa. Barang-barang keperluan lain juga boleh diletakkan di dalam khemah di kawasan ruangan yang luas di dalam ataupun di tengah-tengah khemah. Untuk memasangnya, khemah terlebih dahulu perlu didirikansecara berasingan dan kanvas tambahan perlu diletakkan bersamanya untuk memaksimumkan ruangan yang ada. Khemah ini tidak begitu sesuai kepada kaki hiking atau trekking yang memerlukan perjalanan dan pendakian berjam-jam di dalam hutan atau gunung memandangkan khemah seperti ini boleh dikatakan berat dan mengambil banyak ruang.


INFLATABLES TENTS

Satu lagi jenis khemah yang menjadi pilihan pengguna yang berkeluarga kerana amat mudah dipasang. Khemah seperti ini boleh dikatakan masih baru dipasaran. Khemah seperti ini tidak mempunyai sebarang tiang untuk menyokong binaannya. Cukup mudah, hanya dengan mengepam angin ke tiub angin yang tersedia sudah cukup mendirikan dan mengukuhkan binaan khemah seperti ini. Cuma pengguna perlu membawa sekali pam angin tambahan yang sesuai untuk khemah ini. Kadang kala tidak semua jenis pam angin yang terdapat dipasaran sesuai digunakan untuk mengepam khemah seperti ini. Jadi perlu memastikan pam angin yang dibeli sesuai untuknya. Walaupun mudah, khemah seperti ini berat dan tidak datang dengan harga yang murah.

HOOP TENTS

Khemah mudah lentur yang cukup popular kini. Di lengkapi dengan tiang yang berbentuk gegelung dan mudah lentur akan memudahkan proses pemasangan dan penyimpanan. Pengguna juga tidak perlu bersusah payah untuk mendirikan khemah dengan memasangnya satu persatu. Khemah akan berbentuk separa bulat dan mempu memberi ruang yang selesa untuk tidur. Khemah ini kebiasaannya sangat ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Cuma khemah ini tidak sesuai untuk keluarga yang ramai kerana ruang kapasitinya hanya untuk 1-2 orang sahaja.

MOUNTAIN CLIFF TENT

Khemah jenis ini amat rare dan jarang digunakan di negara kita. Khemah jenis ini banyak digunakan oleh pendaki-pendaki extreme di luar negara. Khemah jenis ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan keselamatan untuk memastikan keselamatan penggunanya dan memberi keselesaan untuk berehat selepas penat mendaki. Berbeza dengan khemah-khemah lain yang di bina di atas tanah, khemah ini dibina secara tergantung di tepi lereng-lereng bukit ataupun gunung. Khemah ini juga disertakan dengan kain nylon yang ringan dan tahan dengan cuaca yang buruk atau angin yang kuat apabila berada di tempat tinggi.

Senarai khemah-khemah yang boleh dibeli di pasaran:

Camel Tent/ Khemah Unta : https://invol.co/cl7k9jy

Camping Tent Geertop: https://invol.co/cl7kaqr

Decathlon Easy Assemble 3 Person Camping Tent : https://invol.co/cl7kas4

Mountainhiker Pyramid Black Tower: https://invol.co/cl7kat7

Coleman Cabin Tent: https://invol.co/cl7kau8

Naturehike Camping Dual:https://invol.co/cl7kave

Artical by OUTDOOR LAB