SIRI 1: Personaliti Memancing Antarabangsa
1 minute reading
Jikalau anda seorang yang kaki layan dokumentari di television terutamanya tentang memancing atau perikanan. Pasti anda kenal mamat ni, Jakub Vágner.

Dia ni sememangnya sinonim dengan kerja-kerja gila dalam bab mencari ikan-ikan bersaiz monster, terutamanya spesies ikan air tawar bersaiz gergasi di seluruh pelusuk dunia. Sebut sahaja di mana sahaja ceruk rantau Asia, Afrika, Amazon, Australia, Eropah, pasti dia pernah sampai!
Paling menarik, hampir kesemua lokasi memancing beliau bukannya lokasi yang mudah diakses. kebanyakkannya ialah “remote locations”, bermakna ianya kawasan dengan kurangnya kemudahan awam, penduduk yang kurang bertamadun, kawasan konflik dan banyak penyaklit merbahaya!

Keazaman dan dedikasi terhadap target ikan idamannya sememangnya dicemburi oleh ramai orang dan pastinya tidak ramai yang setegar dan setabah beliau. Sebab itulah dia sentiasa berjaya!

BIODATA
Jakub dilahirkan di Prague, Czechoslovakia (sekarang dikenali sebagai Chech Republic) dari bapanya orang Chech dan maknya orang Sweden pada 24 Disember 1981. Sebelum menjadi hos rancangan memancing beliau adalah seorang pemuzik, namun ia tidak direstui oleh bapanya kerana beliau tidak bagus dalam hal tersebut.
Namun kerana beliau gila memancing dan mempunyai cita-cita besar untuk merantau ke seluruh dunia, menjadi hos rancangan memancing ialah antara salah satu “gateway” untuk beliau.

Beliau popular di dalam rancangan dokumentari bersiri “FISH WARRIOR” yang telah disiarkan dalam Channel National Geographic dan “BIG FISH MAN” di Animal Planet sedikit masa dahulu.
Sekarang beliau banyak menghabiskan masa menguruskan Katlov Lake Fishing Resort miliknya sendiri.
REKOD SEPANJANG ZAMAN
Beliau terkenal mempromosikan etika dan pentingnya tangkap dan lepas ikan (catch & release). Jakub telah menyenaraikan sebanyak 24 spesies ikan air tawar yang boleh melepasi berat 100kg dan panjang melebihi 2 meter.

Beliau telah berjaya memancing dan mendaratkan 21 dari 24 spesies tersebut, namun 3 lagi spesies yang masih beliau cari itu kelihatan agak mustahil untuk beliau capai, terutamanya ikan Chinese Paddletail yang dikhuatiri sudahpun pupus.
Kekesalan tersebut menurut beliau apabila manusia sudah tidak menjaga ekosistem alam dan ini memusnahkan habitat asli ikan-ikan bersaiz gersasi ini dan ini ialah sebab utama pupusnya populasi ikan-ikan tersebut!

Sepanjang kerjayanya, beliau telah merangkul banyak rekod-rekod International Gamefish Association (IGFA) tangkapan ikan terbesar di dunia termasuk Arapaima (130kg, 3m 7cm), Wels Catfish (110kg) Goonch (Kenerak) 75kg dan ikan Piraibia (Lau Lau) di Amazon 215 kg!

GOLIATH TIGER FISH

Namun dalam banyak-banyak spesies ikan air tawar bersaiz monster itu hanya satu spesies sahaja yang membuatkan beliau berulang-ulang kali memancingnya, iaitu Goliath Tigerfish di Sungai Congo.
Menurut pengalaman beliau, spesies inilah yang paling sukar dicari, dipancing dan didaratkan berbanding spesies-spesies ikan lain!

Dalam proses memancing ikan Goliath Tigerfish ini beliau pernah dipatuk ular, kena Malaria 7 kali, pernah kena Elephantiasis (penyakit kaki gajah akibat gigitan nyamuk), Penyakit River Blindness (hampir buta atau boleh buta akibat jangkitan dari serangga nama BlackFly), isu keselamatan dengan pihak pemberontak dan pelbagai masalah lagi, mungkin semuanya disebabkan lokasi pancingan yang sukar dan kehidupan orang-orang tempatan di lokasi yang dipancingnya itu ‘brutal’!

KE MANAKAH MENGHILANGNYA JAKUB?
Sememangnya lewat masa kini kita kurang mendengar khabar berita dari personaliti memancing yang sensasi ini. Antara sebabnya rancangan memancing bersiri beliau juga sudah tamat siarannya.
Namun sebab yang paling utama ialah beliau ingin menjaga keselamatan dirinya dan krew beliau yang telah bersama-samanya dalam kembara epiknya ke tempat-tempat yang merbahaya untuk menjayakan dokumentarinya itu selama lebih dari 17 tahun.
Sudah tentunya krew beliau ramai yang sudah berkeluarga dan keselamatan menjadi isu utama supaya mereka ini selamat pergi melakukan tugas dan selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Sekarang beliau dan krewnya hanya pergi ke lokasi memancing yang sudah terjamin selamat dan tidak merbahaya. Selain itu beliau juga banyak melakukan program kesedaran bersama kanak-kanak di seluruh dunia dan fokus kepada fishing resort di Tasik Katlov miliknya sendiri di Chech Republic.

Apa-apapun dia ni memang tak boleh lari dari dunia memancing kerana motto hidupnya:
FISHING IS LIVING – A WAY OF LIFE!
Sila share artikel ini jika ia menarik untuk dikongsikan. Terima Kasih!