Home Fishing Bottom COARSE FISHING SIRI 3

COARSE FISHING SIRI 3

I minute reading

By: Tengku Izzudin Tengku Ismail ‘Guvnor’ ([email protected]

Feeder Fishing Bahagian 2

Baca artikel Coarse Fishing Siri 2 (Feeder Fishing Bahagian 1) jika anda terlepas di sini: https://outdoorlab.my/coarse-fishing-siri-2/

Dalam artikel yang lepas (feeder fishing bahagian 1) kita berbincang berkenaan sejarah feeder fishing serta perkembangan semasa dalam kategori coarse fishing yang kian popular ini.

Setiap rekabentuk swimfeeder ada fungsi khususnya yang tersendiri.

Dalam edisi ini pula, saya akan mengulas dengan lebih lanjut berkenaan peralatan untuk pancingan feeder. Kita mulakan dengan joran dan kekili. Secara amnya, joran dan kekili yang digunakan dalam feeder fishing tidak jauh bezanya dengan set spinning konvensional pada penampilannya. 

Joran feeder sememangnya panjang bagi mencapai jarak lontaran yang jauh untuk umpan. https://invle.co/clbl7m5 / https://invle.co/clbl4r5

JORAN FEEDER

Joran feeder moden berukuran di antara 10-14 kaki panjang dan bergantung kepada jarak lontaran yang perlu dibuat serta digred mengikut beban feeder (dalam gram) yang boleh ditampung. Sebagai contoh, ketika memancing di kolam-kolam komersil yang hanya memerlukan lontaran sekitar 20-25m, joran 10 kaki sudah memadai, manakala pancingan di perairan semulajadi seperti tasik-tasik besar di Ireland atau sungai-sungai luas di Holland yang memerlukan lontaran 50-100 meter, joran 13-14 kaki adalah lebih sesuai.

Joran feeder untuk kejohanan memancing .

Untuk mencapai jarak sebegitu sudah tentu memerlukan joran yang boleh menampung swimfeeder yang lebih berat juga. Secara amnya, berat swimfeeder bermula dari 20gm sehinggalah 100gm, oleh itu kekuatan joran perlu dipadankan dengan beban yang akan ditanggung, kalau tidak, memang nahas akan berlaku!

Spesifikasi yang terdapat pada joran feeder

Pada panjang joran yang sebegitu, agak kurang munasabah untuk menghasilkan joran ‘one-piece’, jadi joran feeder biasanya datang dalam model 2+1 atau 3+1 bahagian. Yang dimaksudkan 3 bahagian itu, adalah bahagian bawah dimana dipasang kekili (seperti butt joint), bahagian tengah serta bahagian atas, manakala +1 merujuk kepada bahagian paling hujung yang dipanggil ‘quivertip’.

Inilah quivertip, section paling hujung di joran feeder yang boleh ditukar bagi supaya sesuai dengan berat feeder yang digunakan. https://invle.co/clbl96m

Quivertip yang lembut ini berfungsi sebagai pengesan getuan ikan (bite indicator) dan digred dalam unit ounce mengikut kekerasan (atau terma sebenarnya iaitu test curve). Teknologi quivertip telah banyak berubah sejak 20 tahun lalu, dan untuk model yang direka untuk lontaran jarak jauh, quivertip ini juga membantu untuk menambah kestabilan joran semasa membuat lontaran.

Quivertip test curve.https://invle.co/clbl98k

Joran feeder mempunyai ‘through action’ bagi membantu membuat lontaran dan juga memudahkan kita untuk menjinakkan ikan walaupun menggunakan tali yang halus. Antara pengeluar joran feeder yang terbaik termasuklah dari jenama Daiwa, Preston Innovations, Browning dan Matrix.

KEKILI

Antara kekili untuk feeder yang saya gunakan.https://invle.co/clbl6ut / https://invle.co/clbl4mu

Bergerak kepada kekili pula, hanya kekili spinning digunakan untuk pancingan feeder, lazimnya dalam saiz 3000 – 5000 dengan gelendong yang lebar agar senang untuk tali keluar. Tali benang di antara 8-15 lbs biasa digunakan sebagai tali utama dan disambung dengan shock leader mono atau fluorocarbon 8-10lbs.

Sebenarnya mana-mana kekili spinning boleh digunakan asalkan ia mempunyai gear tahan lasak dan penyepit tali (line clip) yang kuat, kerana kita akan menggunakan penyepit tali itu untuk menanda jarak lontaran kita. Kekili kegemaran saya adalah Daiwa TDR 4012, dan dipadankan pula dengan joran Daiwa Tournament 12/13 kaki.

Swimfeeder moden. https://invle.co/clbl8br

SWIMFEEDER

Apalah pancingan feeder tanpa swimfeedernya… boleh pening dibuatnya apabila memikirkan betapa banyaknya rekabentuk swimfeeder yang berada di pasaran! Kenapa, mengapa dan bagaimana ini boleh berlaku?! Bagi memudahkan kita untuk memahami situasi ini, bayangkan koleksi gewang kita yang pelbagai, dari spoon ke popper ke slider ke deep diver ke shallow diver dan seterusnya dalam pelbagai warna dan saiz. Variasi gewang (selain ‘menangkap ‘ pemancing) bertujuan agar kita dapat menangani setiap situasi pancingan yang dihadapi. Samalah seperti swimfeeder dan variasinya.

Feeder jenis traditional, cage feeder dalam pelbagai bentuk. https://invle.co/clbl7bt
Feeder dengan pemberat untuk lontaran jarak jauh. https://invle.co/clbl87i
Rekabentuk baru yang boleh ditukar pemberatnya.

Kalau boleh saya rumuskan, swimfeeder boleh dibahagi 2; iaitu jenis tradisional untuk perairan semulajadi dan jenis moden untuk perairan komersial.

Feeder moden, banjo feeder (kiri) dan pellet feeder (kanan).

Swimfeeder tradisional termasuklah cage feeder, open end feeder, closed feeder dan window feeder, manakala yang swimfeeder moden adalah seperti method feeder, pellet feeder dan hybrid feeder.

Secara ringkas, antara faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan swimfeeder untuk sesuatu sesi termasuklah:

  • Kedalaman air
  • Jarak lontaran
  • Kadar pelepasan umpan
  • Angin lintang
  • Jenis umpan
  • Ikan yang disasarkan
Window feeder dalam pelbagai saiz. https://invle.co/clbl73k

Oleh yang demikian, pilihan penggunaan feeder perlu dibuat secara teliti dan menjadi kebiasaan juga untuk menukar swimfeeder yang digunakan untuk selari dengan tindakbalas ikan atau perubahan cuaca sepanjang sesi pancingan. Antara pengeluar terbaik swimfeeder termasuklah Guru, Preston Innovations, Drennan dan Browning.

MATA KAIL

Pelbagai mata kail khusus untuk feeder fishing. https://invle.co/clbl8q8 / https://invle.co/clbl8rk
Mata kail yang spesial saya gunakan untuk tournament.

Dari sudut mata kail, walaupun apa-apa jenis memadai, kebanyakkan mata khas untuk feeder fishing agak halus wayarnya dan bersaiz antara 10-16. Saya pilih mata kail saya berdasarkan taktik pancingan feeder pada hari tersebut, samada cara agresif atau banyak menunggu,  jenis ikan yang dicari dan umpan yang dipadankan. Banyak mata kail yang popular dikilangkan oleh Tubertini, Kamasan, Guru dan Matrix. 

Mata kail yang telah siap diikat.
Rigging yang siap disediakan sebelum tournament. https://invle.co/clbl8w1

Secara ringkas, set pancingan feeder kita perlu seimbang dengan taktik pancingan pada hari trip. Set yang saya gunakan untuk pancingan kolam di Lembah Klang dan set yang saya gunakan untuk kejohanan di Eropah akan berbeza bagi menepati keadaan bagi membolehkan kita memancing dengan lebih efisien dan teratur.

Steve bersama kap hasil pancingan feeder.

Jumpa lagi di artikel seterusnya untuk Bahagian ke-3 feeder fishing!

Sila share artikel ini jika ia menarik untuk dikongsikan, terima kasih!