Home Water Sports Diving Berita Baik Untuk Kaki Diving – Kempen Jom Dive!

Berita Baik Untuk Kaki Diving – Kempen Jom Dive!

Memandangkan industiri pelancongan menerima kesan yang agak teruk akibat wabak Covid-19 sejak pada tahun lepas. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama-sama Tourism Malaysia telah melancarkan Kempen Jom Dive kepada pengemar-pengemar diving seluruh Malaysia atau kepada rakyat Malaysia yang bercita-cita untuk mendapatkan lesen menyelam bermula pada 12 April 2021 hingga 31 Mei 2021.

Kempen ini bertujuan untuk merancakkan semula industri pelancongan tempatan dengan menawarkan kupon rebete sehingga RM450 kepada pengemar aktiviti diving. Tawaran ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan sah digunakan sepanjang promosi berlangsung.

Perbagai package menarik yang telah ditawarkan oleh Jom Dive seperti Fun Diving selama 3 hari 2 malam termasuk penginapan di Pulau Tioman atau 5 hari 4 malam PADI OPEN WATER COURSE dan banyak lagi destinasi-destinasi menarik yang boleh dikunjungi.

Bagi yang berminat, jangan lepaskan peluang anda untuk membuat tempahan segera di laman web https://www.xtvt.com.my sebelum terlambat. Rancanglah percutian anda sepanjang tahun ini dan pakej ini boleh didapati dalam tempoh kempen ini berlangsung. Apa tunggu lagi, Jom Melancong!

Sumber: xtvt.com.my