Home Mountaineering Bushcraft BERCAMPING MENCARI IKAN SIKANG

BERCAMPING MENCARI IKAN SIKANG

1 minute reading

By: Norhisyamuddin Abd Ghani ([email protected])

Lantaran kesibukan tugasan saya sebagai seorang guru menyebabkan saya hanya memancing ikan Sikang secara balik hari, namun kali ini sedikit berbeza kerana saya akan cuba bermalam dengan berkhemah di tepi sungai dengan rakan-rakan yang lain. 

Hanya hujung minggu sahaja yang boleh dilakukan aktiviti tersebut kerana di Terengganu cuti hujung minggu jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu.

Antara peralatan yang diperlukan jika pergi berkhemah dalam trip yang pendek. Cari peralatan di sini –
Khemah: https://invol.co/clb1rva. Ground sheet:https://invol.co/clb1rxb. Fly sheet:https://invol.co/clb1rxs. Headlamp:https://invol.co/clb1s3c. Mess kit: https://invol.co/clb1syp. Pisau dgn fire starter flint: https://invol.co/clb1sn0

Kebetulan kunjungan ke Belukar Bukit, Kampung Betong, Ajil Hulu Terengganu kali ini ditemani saudara Zamri atau lebih mesra dipanggil “Sild”, seorang penulis majalah memancing negara.

BERTEMU MUKA

Pertemuan ringkas kami di kedai makan Kak Zah pada pagi yang dirancang, walaupun penat memandu dari ibu kota bersama dua anak lelaki yang juga gila pancing. Kebetulan saya juga membawa sama anak lelaki yang baru hendak belajar memancing. Perjumpaan pertama kami seolah-olah pertemuan rakan baik yang sudah kenal bertahun-tahun, walaupun sebelum ini kami hanya berinteraksi di FB sahaja. 

Program yang diatur dimulakan dengan pembelian kelengkapan untuk berkhemah kerana Sild membuat keputusan untuk camping last minute, jadi kelengkapan asas camping perlu ada. Saya sememangnya sudah bersiap awal-awal lagi. 

MR DIY

Semua sudah saya sediakan, dari khemah hinggalah perkakas memasak yang ringkas. Namun Sild terlupa membawa peralatan perkhemahan beliau. Nasib baik ada kedai Mr. DIY dan mereka sekeluarga mendapatkan apa yang tiada di sana sahaja. 

Sebenarnya untuk trip camping yang ringkas seperti ini tidak perlu pun peralatan dan makanan yang banyak, memadai dengan barangan simple seperti khemah, fly/ground sheet, pisau/parang, torchlight/headlamp, mess kit, mee Maggie, biskut/roti dan kopi. Jam Lebih kurang jam 2.00 petang  kami bertolak ke Belukar Bukit.

Suasana campsite berhampiran Jambatan Belukar Bukit yang sentiasa dikunjungi pelawat.

Anak saya Khalis, baru mula minat memancing jika dibandingkan dengan anak Sild iaitu Lokman dan Firdaus. Elok juga mereka berjumpa boleh juga si Khalis belajar serba sedikit. Belajar bersama rakan adalah lebih mudah faham. 

Sekejap sahaja mereka mula akrab. Port untuk berkhemah sudah ditetapkan, berhampiran dengan lokasi ikan Sikang yang biasa dipancing saya. Melihat kejernihan air dan pohonan menghijau di tepi sungai membuatkan kami tidak sabar kami untuk memulakan acara.

Proses mencari kayu api sudah cukup menyeronokkan bagi anak-anak.
Belajar menghidupkan api menggunakan flint fire starter dari pisau Morakniv, boleh dapatkan di sini Morakniv Companion: https://invol.co/clb1sn0
Unngun api, selain untuk keselamatan dari haiwan liar, ia juga dapat menghangatkan badan di malam yang dingin.

PETANG HARI PERTAMA

Sesi kami pada petang tersebut hanyalah memasang khemah dan mencari kayu api untuk menghidupkan unggun bagi tujuan keselamatan dan sedikit haba panas di malam yang dingin. Walaupun lokasi ini berhampiran kampung tetapi kawasan ini juga berhampiran hutan tebal. 

Sild memilih untuk memasang fly sheet dan beralaskan ground sheet sahaja kerana dia kata untuk lihat bintang bintang pada waktu malam. Saya lebih suka memasang khemah bertujuan untuk memberi pengalaman kepada anak. 

Acara lain yang saya hargai termasuklah mengajar anak saya menghidupkan api unggun menggunakan fire starter atau flint dari pisau Morakniv. 

Sepanjang malam anak-anak sibuk menjaga api takut terpadam. Sambil memanaskan kopi menggunakan unggun, aktiviti malam hari hanyalah lepak-lepak sambil bercerita kisah-kisah memancing masing-masing.

Seronok rupanya berkhemah kata anak saya si Khalis. Kami duduk di sekeliling unggun api untuk menghangatkan badan kerana suasana malam mula dingin walaupun jam baru menunjukkan jam 10.00 malam mungkin kerana berada di tepi sungai. Suasananya kira “rare” jugalah.

PAGI HARI 

Esok pagi, kami bangun awal dan dimulakan dengan kopi. Feel minum kopi semasa bercamping di tepi sungai sambil ditemani pemandangan indah berkhabus sememangnya satu memori yang berlainan. 

Campsite coffee memang asyik di pagi hari!

Kebetulan sahabat kami, Arman datang berkunjung pagi-pagi buta dengan membawa roti canai yang dibeli di kampung berhampiran. Perghhh…apa lagi perut pun sudah berbunyi dan kami jemput sekali Arman minum kopi…asyik katanya…

Budak-budak enjoy main air selepas puas belajar fly fishing.

Selesai bersarapan, kami bersiap dengan kelengkapan fly-fishing untuk menjejak ikan Sikang. Bagi saya trip kali ini lebih kepada fun-fun sahaja, dapat ikan atau tidak jatuh ke nombor dua. Paling penting ialah melepaskan hajat mendedahkan anak saya dengan suasana outdoor bercamping menjadi keutamaan.

Suasana indah di awal pagi dengan kabus dan sinar matahari baru menjenguk saling melengkapi antara satu sama lain.

Pancingan kami pada pagi sampai ke tengahari lebih kepada mengajar anak-anak tentang fly-fishing dan ikan Sikang. Hanya selepas makan tengahari barulah saya dan Sild fokus mencari Sikang. 

SIKANG TENGAHARI

Di satu port, kelihatan seekor Sikang sedang bermain arus. Saya memberi isyarat kepada Sild supaya bersedia dengan dry fly. Puas saudara kita ini memujuknya tapi tidak dihiraukan langsung umpan yang disuakan.

Sikang saiz cantik yang menyambar nymph.

Saya kemudian menggunakan nymph yang diikat dengan manik tungsten warna keemasan. Lantas ikan itu tertarik dan melahapnya. Boleh tahan saiznya, saya memangil anak-anak untuk melihat Sikang tersebut. Ternyata terserlah riak ketakjuban bagi mereka kerana pertama kali melihat ikan Sikang secara live!

Ikan Sikang selamat dilepaskan semula.

Ikan tersebut telah selamat dilepaskan kembali dengan sihat sejahtera. Catch & release untuk spesies ikan istimewa di sungai-sungai pergunungan ini seharusnya dgalakkan demi menjaga kelestarian ikan ini di habitatnya. Kita pasti mahu generasi kita yang akan datang dapat melihat dan memancing ikan ini di persekitarannya yang sebenar bukan hanya dapat menatap foto ikan ini sahaja…  

Trip kali ini walaupun sekadar percubaan, kira amat berjaya dari segi kepuasan memancing dan pengalaman bermalam di tepi sungai bagi anak-anak. Lepas ni boleh repeat lagi! 

Sila share artikel ini jika anda rasakan ia menarik untuk dikongsikan, terima kasih!