“Outdoor” ataupun aktiviti reakasi luaran/lasak amat sinonim dengan kehidupan seharian kita. Kini aktiviti ini telah mendapat tempat di kalangan penduduk Malaysia. Bila kita menyebut tentang aktiviti “Outdoor” ini, pasti yang terbayangkan di fikiran ialah aktiviti berkhemah, hiking atau trekking dan pelbagai aktiviti lasak lain di hutan ataupun di pergunungan. Sebenarnya secara asasnya aktiviti-aktiviti lain seperti berbasikal, memancing, memburu, mendaki dan banyak lagi yang lain boleh diketegorikan juga sebagai aktiviti “Outdoor”
Apa yang pastinya, dengan kehidupan zaman moden ini yang sentiasa memberi tekanan dalam kehidupan seharian dan tekanan dari tempat kerja, aktiviti Outdoor menjadi pilihan kebanyakan orang untuk lari sebentar dari tekanan hidupan seharian.
Memang diakui apabila melakukan aktiviti “Outdoor” ianya pasti memberi banyak kebaikan dan kelebihan pada kesihatan fizikal seseorang itu. Aktiviti sebegini mampu mengeluarkan peluh secara tidak langsung menguatkan jantung dan stamina kita. Selain memberi kebaikan kepada fizikal kita, aktiviti ini juga memberi kesan yang amat baik kepada kesihatan MENTAL kita juga. Antaranya ialah:
KESAN YANG BAIK UNTUK MENTAL
Nature is Cure! Semasa melakukan aktiviti “Outdoor”, anda secara tidak langsung langsung akan berhubung dengan dunia semula jadi di sekitar anda. Persekitaran semula jadi menawarkan pelbagai faedah untuk kesihatan mental kita. Apabila kita menikmati dunia semula jadi, secara tidak langsung ianya akan merehatkan otak anda dari sebarang tekanan. Bersatu dengan unsur-unsur semulajadi seperti air, hutan dan tumbuh-tumbuhan adalah ubat terbaik untuk pekembangan otak anda. Pastinya tekanan yang dilalui seharian akan hilang seketika ketika anda melakukan aktiviti sedemikian. Secara tidak langsung, otak akan lebih fokus dan meningkatkan lagi fungsi otak.

Berada di hutan dan alam semula jadi dapat mengurangkan tekanan psikologi, gejala kemurungan dan permusuhan terhadap orang lain. Ia juga dapat menaikkan mood, meningkatkan tidur, meningkatkan semangat dan membantu anda merasa hidup dengan lebih bermakna. Terdapat juga penyelidikan yang menunjukkan ia menurunkan tekanan darah, mengurangkan hormon stres seperti kortisol dan meningkatkan sistem imun anda. Oleh itu, carilah masa untuk diri anda untuk melakukan aktiviti “Outdoor”.

MEMBAIKI HUBUNGAN
Pastinya kebanyakan kita melakukan aktivi “Outdoor” bersama keluarga atau rakan-rakan. Hubungan seperti ini akan meningkatkan keakraban dan meningkatkan psikologi sesorang. Meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan ketika aktiviti “Outdoor” memberi banyak kesan kepada kesihatan mental seseorang.

Terdapat penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan alam semulajadi akan meningkatkan lagi dan memulihkan tumpuan seseorang, mereka akan tidak mudah marah, lebih banyak kawalan diri, dan dapat menggunakan isyarat sosial dengan lebih mudah. Selain itu ianya juga akan meningkatkan keyakinan sesorang dalam hubungan sesama keluarga atau rakan-rakan yang lain.
RESET BUTTON UNTUK MINDA
Selain exercise, aktiviti “Outdoor” juga merupakan aktiviti anti-depress paling berkesan. Bagi yang pernah mengalami masalah Anxiety ataupun kemurungan, aktiviti “Outdoor”memberi kesan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah ini. Kebanyakkan kes-kes ini berlaku dikalangan orang-orang yang tinggal di bandar yang sibuk dan sentiasa menghadapi perbagai tekanan dalam kehidupan seharian dan tempat kerja. Bersama dengan alam semula jadi ialah salah satu cara alternatif kepada mereka-mereka untuk mengurangkan tekanan mental.

Aktiviti seperti ini mampu mengurangkan kemurungan ringan hingga sederhana dan menurunkan tahap kegelisahan, yang seterusnya membantu menjana pandangan hidup yang lebih positif. Dengan mengenali lebih dekat tentang alam semula jadi melupakan melupakan seketika tekanan hidup dan merehatkan mental seseorang.
Pakar kesihatan mengalakkan aktiviti “Outdoor” lebih kerap untuk sebagai Reset Button untuk mengurangkan tekanan mental dan walaupun keadaan fizikal tidak begitu membenarkan melakukan aktiviti yang lebih lasak, cukup lah untuk lebih cenderung menikmati keindahan alam semula jadi.Tanpa perlu mengambil masa yang lama, hanya memerlukan lima minit sudah cukup untuk mendapatkan perubahan mental di ruang serba hijau alam semulajadi untuk mula menghasilkan emosi yang lebih positif. Persekitaran biru seperti tasik, sungai atau laut juga mampu membawa kepada peningkatan mood yang terbaik.
MENINGKATKAN MEMORI JANGKA PENDEK
Alam boleh menjadi jawapan untuk mengingat nama, tidak melupakan kunci anda, dan mencatat lebih baik nota-nota di kelas. Terdapat bukti bahawa memori jangka pendek dan kerja dapat ditingkatkan dengan menghabiskan masa dengan aktiviti luar.
Di University of Michigan, dua kumpulan pelajar diberi ujian ingatan dan kemudian ditugaskan untuk berjalan-jalan melalui taman atau menyusuri jalan kota. Setelah berjalan, para peserta hendaklah melakukan ujian ingatan sekali lagi. Mereka yang melakukan aktiviti luar telah meningkatkan markah mereka sebanyak 20 peratus.

Pemandangan semula jadi dan pemandangan luar seperti di taman mampu menenangkan fikiran dan membantu kita fokus. keadaan bandar yang sesak dengan lalu lintas, kebisingan jalan, lampu, dan banyak orang menjadikannya ia sukar untuk mempertajam fokus kita dan mengingat kembali perkara yang baru kita pelajari. Memikirkan maklumat baru dalam suasana yang tenang dan semula jadi dapat membantu meningkatkan ingatan jangka pendek anda.
Baca Free E-Mag Pancing & Outdoor
Manfaat tambahan ketika melakukan aktiviti Outdoor untuk kesihatan mental anda adalah:
- Fokus yang lebih baik dan fungsi otak kognitif
- Tahap kemarahan yang lebih rendah
- Keyakinan dan harga diri yang lebih tinggi
- Autonomi untuk membuat pengembaraan kita sendiri
- Ikatan kekeluargaan yang lebih kukuh
- Memberi kita kemahiran baru dan kenangan bahagia
Article by Outdoor Lab
Sumber: Camping InForest, Thriveworks, Askthescientis
