Home Fishing 5 REKOD IKAN KERAPU TERBESAR DI DUNIA (IGFA ALL-TACKLE WORLD RECORD)

5 REKOD IKAN KERAPU TERBESAR DI DUNIA (IGFA ALL-TACKLE WORLD RECORD)

1 minute reading.

NO. 5

Potato Grouper

Pada 11 Jun 2004, Takayuki Shibayama berjaya menangkap seekor Potato Grouper seberat  171-pound, 10 auns (77kg). Beliau dapat ikan tersebut di luar Pulau Miyako di Okinawa, Jepun. Dia menggunakan ikan Jenahak hidup sebagai umpan.

NO. 4

Convict Grouper (Mahata)

Tangkapan ikan Kerapu milik Koji Yoshida telah menangani semua rekod Convict Grouper di Jepun. Ikan ini di tangkap di Pulau Yonaguni di Okinawa, Jepun, pada 25 April, 2011. Ikan kerapu yang menakjubkan ini seberat 264-paun, 8 auns (119.7kg).

NO. 3

Giant Grouper/Kertang
Pada 4 Mac 2012, Shayne Keith Nelson berjaya menangkap ikan Giant Grouper di perairan laut Pulau Latham, Tanzania. Selepas ditimbang, gergasi ini seberat 295 pound, 11 auns (133kg). Beliau menggunakan ikan Bonito atau dikenali juga sebagai Skipjack Tuna sebagai umpan.

NO. 2

Warsaw Grouper
Pada 22 Disember 1985, Steve Haeusler berjaya mendarat ikan Kerapu Warsaw yang menangani semua rekod dunia Kerapu Warsaw. Ikan ini seberat 436-pound, 12 auns (197.8kg) ditangkap di luar Florida di Teluk Mexico.

NO 1

Goliath Grouper
Ini merupakan ikan kerapu  terberat yang pernah ditangkap dan disahkan sebagai rekod dunia IGFA. Ikan Goliath Grouper gergasi ini mencecah berat seberat 680 pound (308kg) . Ikan Goliath Grouper ini  telah ditangkap pada 20 Mei, 1961, di luar Pantai Fernandina, Florida, menggunakan ikan Tenggiri atau juga digelar sebagai Spanish Mackerel sebagai umpan. Pada masa kini ikan Kerapu spesies ini dianggap sebagai spesies terancam, menjadi ikan yang dilindungi di negara Amerika Syarikat dan negara-negara lain di Lautan Caribbean.

Kerapu Malaysia

Setakat ini masih belum ada lagi rekod IGFA dari Kerapu yang ditangkap di perairan Malaysia. Ia bukanlah perkara mustahil kerana sejak dahulu lagi ada sahaja berita tangkapan ikan Kertang saiz monster terutamanya dari nelayan tempatan. Mungkin belum ada lagi yang betul-betul kena dengan set pancing, atau mungkin juga pernah berlaku tangkapan Kerapu saiz gergasi di sini dengan set pancing, tetapi tidak pernah dihantar rekodnya kepada pihak IGFA.

Kami di Outdoor Lab merasa yakin, satu hari nanti mungkin akan ada rekod IGFA Kerapu gadang datangnya dari Malaysia…Insya Allah!

Sila share artikel ini jika ia menarik untuk dikongsikan, terima kasih!