Home Mountaineering Hiking 5 Kasut Terbaik Untuk Aktiviti Trekking / Hiking

5 Kasut Terbaik Untuk Aktiviti Trekking / Hiking

Kasut yang betul sangat memainkan peranan penting apabila melakukan aktiviti trekking. Selain keselesaan, kasut yang betul dan sesuai juga memainkan peranan penting dalam memberikan faktor keselamatan kepada pengguna.

Sudah pasti kasut yang bagus pasti berharga bangsawan kerana ianya mampu memberi banyak kelebihan kepada pengguna dengan pelbagai kegunaan khas dalam membantu memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna semasa aktiviti Trekking/Hiking.

Oleh itu, kami sertakan 5 kasut-kasut yang dianggap terbaik pada tahun 2021.

Salomon X Ultra 3 Low GTX

Salomon X Ultra 3 Low GTX adalah kasut yang padat, serta mempunyai tapak kasut yang bagus untuk berjalan seharian dan aktiviti yang ringan. Direka khas untuk kegunaan di trail dan mendaki, ia juga bersifat kalis air dan mempunyai keseimbangan yang sangat baik antara berat, ketahanan, dan sokongan. Kasut yang hanya seberat 1lb. 10.8oz. merupakan pilihan terbaik untuk sesiapa sahaja yang melakukan banyak aktiviti mendaki.

The North Face Ultra 111 WP

Walaupun The North Face menyenaraikan Ultra 111 WP sebagai kasut larian trail, tetapi ramai yang bersetuju kasut ini amat sesuai digunakan untuk kegunaan Trekking/Hiking kerana kasut ini ia mempunyai platform yang amat stabil, perlindungan kaki yang baik, dan mutu pembinaan yang tahan lama dan lasak. 

Merupakan salah satu pesaing terdekat Ultra 111 adalah kasut Salomon X Ultra 3. Kasut North Face sedikit lebih padu dan lebih stabil ketika berada di medan teknikal, mempunyai cengkaman hampir  sama seperti Salomon, dan harganya kurang dari sedikit berbanding pesaingnya. Ultra 111 menggunakan pelapik kalis air yang lebih rendah, beratnya yang amat ringan dan bersifat kalis air. Ini kelebihan kepada The North Face’s Ultra 111 adalah sebagai alternatif yang lebih bagus dan lebih murah.

Columbia Newton Ridge Plus Waterproof Amped

Diiktiraf sebagai Best Waterproof Boot 2020/21, Columbia Newton Ridge Plus Waterproof Amped mempunyai tapak getah Omni-Grip yang dipatenkan yang menawarkan daya tarikan yang sangat baik di kawasan yang paling licin dan mempunyai alas dalam yang empuk untuk keselesaan tambahan. Kasut ini mempunyai lebih daripada 8.000 ulasan dan penilaian 4.8 bintang di Amazon, menjadikan ia kasut pilihan bagi pengemar aktiviti trekking dan hiking.  Menurut pengguna yang telah mencuba kasut ini, kasut ini berupaya bertahan dalam apa jua keadaan cuaca terutama ketika cuaca hujan dan ribut. Ia merupakan pembelian terbaik dan amat berbaloi. Ternyata kasut ini mempuyai keupayaan untuk  membuat anda tidak tergelincir ketika anda berjalan kawasan licin dan lembab. 

Merrell Moab 2 Ventilator 

Apa yang menjadikan kasut ini begitu popular selama ini adalah sifatnya sangat ringan, selesa, dan harga yang berpatutan. Merrell menaik taraf kualiti kasut mereka sejak dari tahun yang lalu termasuk alas atas dan alas kaki yang lebih tahan lama dan selesa ketika berada di tapak kaki.

Hadir di pasaran dengan 2 pilihan kasut iaitu kalis air dan tidak, memberi pilihan kepada pengguna untuk memilikinya mengikut budget masing-masing. Sudah pasti kasut yang bersifat kalis air lebih mahal dan berat berbanding tidak kalis air. Dan walaupun berat 1lb-15oz yang kompetitif untuk sepasang, kasut ini tidak akan memperlahankan perjalanan anda dan mampu memberi pengalaman  yang luar biasa.

Adidas Kampung

Kasut legend yang yang tak pernah luput ditelan zaman di negara kita. Kasut getah hitam pelbagai guna yang dikenali sebagai ADIDAS KAMPUNG tetap menjadi pilihan di hati para peminat trekking dan hiking. Walaupun dikenali sebagai Adidas Kampung, kasut ini tidak ada kaitan langsung dengan brand terkenal ADIDAS tersebut. Kasut ini amat mudah didapati terutamanyan di kedai-kedai hardware dengan harga yang sangat murah menyebabkannya ianya sentiasa menjadi pilihan pengguna. Adidas Kampung buatan Malaysia ini sangat praktikal, tahan lasak dan sesuai untuk trekking di hutan. 

Secara tradisinya, kasut Adidas Kampung hanya tersedia dalam warna hitam dan putih. Walau bagaimanapun, terdapat versi yang berbeza pada masa ini kerana pengeluar menghasilkan model yang berbeza seperti bertali atau tanpa tali, dan bertapak seperti kasut bola atau tidak untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Kasut yang sesuai digunakan di pelbagai keadaan hutan di Malaysia tetap menjadi pilihan kaki Trekking/Hiking di Malaysia!

Sumber:
Switchbacktravel, travelandleisure.com